Wednesday, Feb 21, 2018
HomeDalam Negeri130 Aktiviti Sempena Program Permukiman Menteri Besar Di Daerah Muallim

130 Aktiviti Sempena Program Permukiman Menteri Besar Di Daerah Muallim

zambry 1

SUNGKAI: Sebanyak 130 aktiviti telah disusun sepanjang program Permukiman Menteri Besar di Daerah Muallim.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagaimanapun berkata, seperti program permukiman yang lalu, bilangan aktiviti itu mungkin bertambah bagi memenuhi permintaan rakyat setempat.

Beliau menegaskan, walaupun pemimpin pembangkang akan memperlekehkan program itu mendapat, ia akan diteruskan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat akar umbi.

“Selain itu, melalui program permukiman ini, kita tidak mahu hubungan yang terlalu rasmi dan protokol, yang memisahkan rakyat dan pemimpin,” katanya pada aktiviti pertama beliau, perjumpaan dengan masyarakat India di Dewan Seri Sungkai di sini pada Selasa.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Datuk Rusnah Kassim, Ahli Dewan Undangan Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Penasihat Menteri Besar, Datuk V Elango.

Dr Zambry berkata, ada pemimpin pembangkang menyifatkan istilah turun padang yang digunakan sempena program permukiman menunjukkan sikap angkuh kerajaan.

“Saya hendak bertanya dia, berapa kalikah dia turun padang kerana dia asyik dengan twetter dan media sosial, kononnya dia turun padang,” tanya beliau.

Beliau mengulangi penjelasannya bahawa permukiman adalah program turun padang pusingan ketiga yang dilaksanakan kerajaan negeri, sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Comments

comments

Jangan Terpedaya Slo
Dr Zambry Minta Kaki